Assalamualaikum....
Post pertama di blog yang baru. Tajuk di atas berkaitan dengan CAHAYA. Kenapa cahaya? ini kerana cahaya merupakan suatu benda yang amat berharga untuk manusia. Namun tidak semua insan di dunia mempunyai tuah di dalam hidup mereka yang mempunyai punca cahaya. Kehidupan mereka gelap-gelita tanpa kehadiran CAHAYA. Malah ada antara mereka yang tidak pernah mengetahui akan kewujudan cahaya kerana sejak lahir mereka hidup dalam kegelapan kerana mereka Bermasalah Penglihatan. Sesungguhnya kita yang mempunyai mata yang lengkap dengan kehadiran cahaya seharusnya bersyukur kerana mampu melihat dan menghayati dunia yang indah ini.
Masalah penglihatan? Apa yang anda tahu mengenai masalah penglihatan? adakah buta semata-mata? Untuk post yang pertama ini, saya akan menulis mengenai definisi masalah penglihatan. Masalah penglihatan boleh dibahagikan kepada dua iaitu rabun/penglihatan terhad dan juga buta.
ButaPenglihatan kurang
daripada 3/60, pada mata yang terbaik ataupun medan penglihatan kurang daripada
10 darjah setelah menerima rawatan ataupun
pembetulan biasa.
Rabun/penglihatan terhad Penglihatan kurang dari 6/18 sehingga
persepsi cahaya pada mata yang terbaik ataupun medan penglihatan kurang
daripada 20 darjah sesudah rawatan ataupun pembetulan biasa. Individu
dengan penglihatan terhad dapat melakukan tugas seharian menggunakan deria
penglihatan.
Secara
undang-undang, buta didefinisikan sebagai kehilangan penglihatan sepenuhnya ataupun
mempunyai ketajaman penglihatan 6/60 (20/200) atau kurang daripada itu pada
mata yang lebih baik setelah diadakan pembetulan optik. Selain itu seseorang
dikatakan buta jika dia mempunyai lapangan atau sempadan penglihatan yang
terbatas kepada 20 darjah ataupun kurang yang hanya ditentukan oleh doktor atau
pakar mata. Manakala secara pendidikan ,
individu yang dikatakan buta ialah mereka yang mengalami kecacatan yang begitu
teruk sehingga mereka mesti belajar membaca Braille atau menggunakan deria pendengaran. Terdapat
beberapa tahap masalah penglihatan yang membezakan antara buta dengan penglihatan
terhad berdasarkan ujian visual akuiti dan juga adaptasi pendidikan khas. Masalah
penglihatan dapat dilihat dalam tahap yang berikut:
- Masalah pada tahap sederhana masih membolehkan kanak-kanak melihat cahaya dan
menjalankan aktiviti melibatkan deria penglihatan dengan menggunakan alat Bantu
khas seperti kanta.
- Masalah pada tahap teruk menyebabkan kanak-kanak mungkin memerlukan lebih
banyak masa dan tenaga dalam menjalankan aktiviti malah mengalami kesukaran
melakukan aktiviti berkaitan penglihatan termasuk mobiliti, walaupun dengan
bantuan alat khas.
- Masalah pada tahap sangat teruk mengakibatkan kanak-kanak menghadapi kesukaran
melakukan aktiviti visual seperti membaca dan mobiliti serta perlu bergantung
pada deria-deria lain.
Mata adalah satu organ yang amat penting dalam kehidupan seharian kita sebagai manusia. Dengan CAHAYA, kita mampu untuk belajar, melukis dan sebagainya. Cuba bayangkan kehidupan anda semua yang hidup di dalam kegelapan, susahkan, untuk membayangkan sudah susah apatah lagi mengalaminya sendiri. Sama-samalah kita mensyukuri nikmat yang tiada bandingan ini. Sekian, Wassalam.
![]() |
| Mata memainkan peranan penting dalam kehidupan |
.jpg)
.jpg)
No comments:
Post a Comment