Ini adalah post saya yang kedua pada hari ini. Kali ini pulak saya akan berbicara mengenai penyebab atau faktor berlakunya masalah penglihatan. Penjagaan mata menjadi perkara yang amat penting yang harus dilakukan. Mata menjadi bahagian yang sangat mudah terkena jangkitan sekiranya jagaan mata diabaikan. Untuk menghindari mata yang bermasalah, pengetahuan tentang punca berlakunya masalah penglihatan adalah sangat penting. Faktor-faktor penyebab kerosakan mata adalah:
Sebelum kelahiran
·
Pemakanan ibu yang tidak seimbang
Ibu yang sedang hamil tidak
mengamalkan cara pemakanan yang tidak seimbang di mana makanan yang tidak
berkhasiat diambil tanpa had. Hal ini akan menyebabkan perkembangan janin yang
tidak normal disebabkan oleh pengambilan zat yang tidak mencukupi. Semua
perkembangan janin akan terjejas termasuklah perkembangan mata janin tersebut.
·
Penyakit di alami ibu
Semasa proses kehamilan, ibu
mendapat pelbagai jenis penyakit seperti diabetes, darah tinggi dan sebagainya.
Penyakit yang dialami oleh ibu kadang-kala akan diwarisi oleh anak yang
dikandung. Oleh itu, pengjagaan dan juga pengawalan penyakit semasa hamil
adalah penting agar tidak memberi kesan ke atas janin yang dikandung.
·
Ibu mengambil bahan berbahaya
Pengambilan bahan-bahan berbahaya
seperti alkohol, dadah dan rokok adalah satu risiko yang amat besar semasa
proses kehamilan sedang berlangsung kerana bahan-bahan ini mempunyai kandungan
kimia yang berbahaya kepada janin. Sebagai contoh, rokok mengandungi nikotin
yang akan menyekat bekalan oksigen dan juga darah kepada janin lantas
membantutkan perkembangan bayi secara keseluruhan.
Semasa kelahiran
·
Kekurangan oksigen
Bayi yang mengalami masalah semasa
proses kelahiran seperti terbelit tali pusat pada leher atau posisi bayi yang
salah akan menyebabkan bayi menerima oksigen yang kurang lantas sel-sel otak
bayi akan mati dan kemungkinan bayi akan mengalami masalah adalah tinggi.
·
Bayi pramatang
Bayi pramatang atau kurang bulan
mempunyai kemungkinan yang besar untuk mengalami masalah seperti penglihatan.
Hal ini kerana perkembangan janin di dalam kandungan masih tidak sempurna dan
ada di antara organ yang masih tidak mampu untuk berfungsi dengan baik.
Contohnya perkembangan mata yang tidak sempurna akan menyebabkan ada bahagian mata
yang tidak berupayaan untuk berfunsi menyebabkan masalah pada penglihatan.
Selepas kelahiran
·
Cahaya matahari
Pendedahan kepada sinaran ultraungu daripada cahaya matahari secara berpanjangan misalnya boleh menyebabkan katarak. Walaupun sinaran UV bersifat lut sinar atau tidak nampak dengan mata kasar, ia boleh menyebabkan kerosakan pada beberapa bahagian mata. Dalam jangka panjang, ia boleh menyebabkan keadaan yang tidak dapat dibaik pulih jika kita tidak berusaha untuk melindungi mata. Justeru, penjagaan mata yang betul sememangnya penting. Elakkan berada di luar tanpa penjagaan mata yang betul kerana sinaran UV adalah kuat. Pastikan cermin mata gelap yang digunakan boleh menghalang kedua-dua jenis sinaran iaitu UVA dan UVB secara berkesan. Meskipun menggunakan cermin mata gelap, jangan memandang tepat ke arah cahaya matahari.
Pendedahan kepada sinaran ultraungu daripada cahaya matahari secara berpanjangan misalnya boleh menyebabkan katarak. Walaupun sinaran UV bersifat lut sinar atau tidak nampak dengan mata kasar, ia boleh menyebabkan kerosakan pada beberapa bahagian mata. Dalam jangka panjang, ia boleh menyebabkan keadaan yang tidak dapat dibaik pulih jika kita tidak berusaha untuk melindungi mata. Justeru, penjagaan mata yang betul sememangnya penting. Elakkan berada di luar tanpa penjagaan mata yang betul kerana sinaran UV adalah kuat. Pastikan cermin mata gelap yang digunakan boleh menghalang kedua-dua jenis sinaran iaitu UVA dan UVB secara berkesan. Meskipun menggunakan cermin mata gelap, jangan memandang tepat ke arah cahaya matahari.
·
Kemalangan
Antara faktor utama
penyebab berlakunya masalah penglihatan adalah kemalangan. Kemalangan seperti
kemalangan jalan raya, terhantuk, tertusuk benda tajam dan terdedah kepada
bahan kimia menyebabkan gangguan kepada penglihatan lantas menyukarkan
penglihatan seseorang. Kemalangan boleh berlaku di mana sahaja dan berlaku
kepada sesiapa sahaja oleh itu pengjagaan yang sepatutnya harus ditumpukan
untuk mengelakkan kemalangan dari berlaku terutamanya kepada bahagian mata.
·
Pemakanan yang tidak seimbang
Pengambilan makanan yang
sihat adalah amat penting kepada organ penglihatan iaitu mata namun tidak ramai
yang menitikberatkan pengjagaan mata di mana rata-rata tidak mengetahui makanan
yang baik untuk mata. Sikap yang tidak mengambil kisah tentang pemakanan dengan
mengambil sahaja semua makanan tanpa mengetahui risikonya adalah amat
merunsingkan. Makanan yang baik untuk mata adalah makanan yang mengandungi
vitamin A , B dan sebagainya kerana mata memerlukannya untuk berfungsi dengan
baik.
·
Pendedahan kepada skrin yang
terlalu lama
Memandang
skrin computer atau televisyen untuk jangka masa lama juga akan meletihkan mata
dan boleh menyebabkan kerosakan. Apabila menggunakan computer
atau menonton televisyen, pastikan mata dapat berehat seketika. Alihkan
pandangan dari skrin dan pandang objek lain selama 10 saat bagi setiap 10 minit. Selain itu, pada setiap jam,
pastikan mata mendapat rehat secukupnya. Jangan lupa untuk mengelipkan
mata kerana mata yang kurang berkelip boleh mengurangkan air mata bagi
melincirkan mata sekali gus menyebabkan mata kering dan tidak selesa. Kekalkan jarak yang sepatutnya
antara mata dan skrin dengan kejelasan skrin yang betul. Kedudukan yang baik
juga membantu untuk mengelakkan diri daripada mudah rasa sakit di bahagian otot
dan belakang badan. Skrin pula seharus nya berada pada jarak 20 hingga 30 inci dari
mata, iaitu kira-kira setengah depa.
Diharapkan pengetahuan mengenai punca berlakunya masalah penglihatan ini akan dapat membantu anda menjaga mata anda dengan sebaiknya.
No comments:
Post a Comment