Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Perkembangan penglihatan menjadi pilihan saya untuk dikongsikan bersama dengan semua pada kali ini. Tidak semua mengambil tahu akan perkembangan organ penglihatan iaitu mata kerana perkembangannya tidak dilihat. Perkembangan penglihatan bermula sejak dari bermula janin terbentuk di dalam kandungan lagi dan kebiasaannya penglihatan akan lengkap sekitar 4-7 tahun.
BARU
LAHIR
Penglihatan bayi yang baru
lahir agak kabur dan jarak penglihatannya ialah antara 5 hingga 7 inci. Bayi dapat memfokus kepada
objek dengan tepat pada jarak lebih kurang 12 inci hanya cukup jauh untuk
mengenal wajah orang yang mendukungnya. Daya penglihatan bayi baru
lahir adalah satu pertiga daripada daya penglihatan orang dewasa. Menurut Haith(1980), bayi sebenarnya tidak memandang sembarangan
persekitarannya di mana ia seolah-olah bergerak balas mengikut peraturan
tertentu untuk membolehkannya mengoptimumkan maklumat yang diperolehinya.
Bayi menutup mata apabila cahaya terang didepannya. Dalam masa 2 minggu bayi dapat menatap
objek yang berada dekat dengannya.
·
1
BULAN
Bayi sudah boleh melihat dan
memerhatikan objek yang bergerak dan mula mengenali wajah ibunya. Pada masa ini mata bayi akan bergerak secara
rawak.
·
2 BULAN
Bayi mula memerhatikan objek
yang bergerak secara teliti serta matanya turut bergerak dan mula merenung pada
sesuatu objek.
·
3
BULAN
Boleh melakukan pergerakan mata
dan kepala dan tertarik dengan objek terang.
·
4 BULAN
Mula memerhatikan tangannya
sendiri. Tahap ketajaman mata mengikut
carta snellen adalah antara 6 per 60 hingga 6 per 100. Penglihatannya mempunyai tujuan iaitu ingin menghulurkan tangannya
untuk mencapai sesuatu.
·
5
BULAN
Pada tahap ini, bayi sudah
semakin mahir melihat objek-objek kecil dan menjejaki benda yang sedang
bergerak. Menunjukkan minat terhadap
objek dalam jarak 1 meter daripada penglihatannya. Mengenali objek yang biasa dilihatnya seperti botol
susu,cawan,dan sebagainya. Sudah tahu membezakan warna-warna terang yang
serupa, dan kini mereka akan mula nampak perbezaan yang tidak begitu ketara di
antara warna-warna pastel.
·
6
BULAN
Terdapat koordinasi antara mata
dan tangan bayi.
·
7
BULAN
Binokular terbentuk dengan baik di mana bayi boleh memindahkan objek dari satu tangan ke tangan yang lain.
·
8
BULAN
Bayi mula mencari objek yang
jatuh. Pada usia ini juga warna
matanya sudah menjadi warna sebenarnya, walaupun mungkin akan terdapat sedikit
lagi perubahan warna yang tidak ketara selepas ini.
·
10
BULAN
Bayi menunjukkan minat yang
nyata terhadap objek yang kecil kerana penglihatannya sudah cekap untuk
bertindak pantas.
·
11
BULAN
Bayi memandang sepintas lalu
persekitarannya dan dapat membezakan apa yang dilihat dengan cepat. Suka melihat gambar-gambar dan
menunjukkan jarinya ke arah gambar.
·
12
BULAN
Diskriminasi segi empat dari
bulatan.
·
12
hingga 18 BULAN
Suka atau sangat berminat
melihat gambar-gambar terutamanya daripada buku disamping
menunjukkan dengan jari kepada gambar tersebut. Tetapi masih tidak boleh
mengubah muka surat buku dengan sendiri walaupun mempunyai koordinasi tangan
dan mata yang lebih baik. Melihat objek kecil dan
memungutnya dengan ibu jari dan jari telunjuk.
·
4 hingga
7 TAHUN
Penglihatan pada Carta snellen
penglihatan adalah 6 per 6 di mana kanak-kanak akan mempunyai penglihatan yang
sempurna.
Penglihatan
dan bagaimana otak menggunakan informasi visual adalah keterampilan yang dapat
dipelajari. Sejak lahir, bayi mulai menjelajahi keajaiban di dunia dengan mata
mereka. Bahkan sebelum mereka belajar untuk mencapai barang dengan tangan atau
merangkak dan duduk, mata mereka memberikan informasi dan stimulasi penting
bagi perkembangan bayi.
No comments:
Post a Comment